~~Tip,tip,tip..~~

Tip,top,tip,top..tip,tip,tip,tip..top,top,top..tup,tup,tup..tep,tep,tep..tap,tap,tap..
mcam2 bunyi jam kl nk dibayangkan kan?masa terus bjalan..seda xseda arini dah..

31 Mac 2010..eh..dah bulan tiga tahun 2010 rupenye..
dan esok..

mulanye bulan empat tahun 2010..maknanye??
maknanye LI tinggal sebulan je lagi..huhuhuh.hahahaha.hihihihi.xsabo weehh nk abis..
ok..2 je ak nk tulis..chow..:)

~~Selamat Tinggal~~

Assalamualaikum.
Semalam 29 Mac 2010,adik kepada atok ak (Tok Chik) meninggal dunia.tarikh ni sama dengan tarikh arwah akak ak meninggal 5tahun lepas.sedekahkan Al-Fatihah tuk arwah.
kat sini ak nk tazkirah sikit pasal mati.mati ni benda yang wajib kita akan rasa.kalau xcepat,lambat la mati 2 datang.kl xlambat,cepat la mati 2 datang pada kita.mati ni xkenal usia.jgn kita ckp "aku muda lagi,lambat lagi nak mati".kl ajal kita dah menjemput,xkan lambat walau sesaat dan xkan cepat walau sesaat pon.kita xkan tau masa mati kita,jadi kena la kita sentiasa beringat2 datangnya mati 2.Rasullullah S.A.W menyatakan bahawa orang paling bijak diantara kamu,adalah orang sentiasa mengingati mati.apabila kita sentiasa mengingati mati,kita akan menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat kita.apabila seimbang,kita xkan terlepas kedua2 nikmat dunia dan akhirat.2 la sebijak2 org kan?
pernah ke kita termenung memikirkan saat kematian kita nnt?pikirkan mcmmna azabnya rasa mati 2?jgn dikata mati 2 senang.wlau Rasullullah S.A.W skalipon merasai sakitnya mati di saat kewafatan baginda.Rasullullah S.AW adalah sebaik2 manusia merasakan azab apbila sakaratulmaut datang menjemput.ad yg menyatakan kesakitan yang dirasakan oleh Rasullullah S.A.W ketika nyawa baginda di cabut oleh Malaikat Izarail adalah seperti kita melapah kulit kita sendiri secara hidup2.itu yg dirasai oleh sebaik2 manusia.jika dibandingkan dengan kita yg penuh dengan dosa ni,mungkin beribu kali ganda kesakitan yang kita terima.sedarkn la diri dengan mengingati mati.
apbila mati,segala harta,pangkat dan saudara akan terputus.yg kita bawa hanya la amalan yg kita lakukan masa kita hidup.jika amalan kita baik,maka berbahgialah kita di alam kubur.jika amalan kita penuh dengan dosa n maksiat,ingat2 la azab kubur yg pedih.cuma doa anak yg soleh dapat meringankan azab kita di kubur.muhasabah la diri kita sendiri,adkah kita bersedia untuk menghadapi kematian?beringat la sesama kita bahwa mati 2 tidak mengenal sesiapa.mmg kubur kita ditanam asing2.tp sebagai umat islam yg semuanya bersaudara ,maka wajiblah kita sama2 ingat mengingati..
stakat tu saja tazkirah ak.ap yg ak tulis ni untuk ingatan kita bersama,ap2 kelemahan penyampaian ak,2 datang dr kelemahan ak sendiri.segala idea dan ilham yg betul 2 seme dikurniakan oleh Allah.semoga kita dalam golongan orang2 yg mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah Taala.
ak sudahi dengan...
assalamualikum warahmatullah hi wabarokaatuh.

~~Penting~~

Pentingkan yang terpenting daripada yang penting.apa yg penting,kepentingan yang penting mesti dipentingkan sepenting-pentingnya.apabila kepentingan terpenting dipentingkan,kepentingan yg kurang penting menjadi tidak penting.
giloss..

~~Sunyi~~

Ak dtg pejabat arini dengah penuh semangat n idea.nk siapkan keje2 yg sv bg.skali masuk ofis,ughh..sunyi sepi..

mane seme org?xkan cuti xbgtau kot?apsl ak ngan zam rajin sgt nih?xkan mitak cuti srentak seme org?mcm2 persoalan..

xpe la..keje ak tetap jalan..slamat bcuti la pada staff2 yg bcuti..hehe..

~~Isk-isk~~

Smenjak dua menjak ni adik2 guwa jadi mkin ngada2.uii..kl blh seme brg guwa dinaknye.seingat guwa dl xpena camni.kl adik guwa bunyi sikit,guwa trs tny.."Pehal?nak penampo?".hahaha.guwa mmg bro yg mithali dl.maklum la,guwa sorg je ank laki yg kecik.atas guwa,pempuan @ arwah akak guwa.bawah gua prempuan jgk @ 2org adik gua.smenjak bro guwa jarang blk umah sbb asyik lepak klj je dl,ari2 yg guwa tgk kiri,kanan,depan,blakang seme prempuan.guwa ad piki jgk nk mtk adik laki ngan mak guwa.tp piki2 blk mcm xlogik je guwa nk mitak cam2 kan?hehe.
bese la,da nama laki..kecik2 dulu guwa suka je cr gado ngan arwah akak n adik2 guwa.guwa gado bkn sbarang gado,kl guwa bg penyepak 2,3minggu pn blom ilang rs akit die.penampo bese la guwa bg kat arwah akak n adik2 guwa.dl guwa slalu tunjuk otai.hhuuu..ingat2 balik,guwa pena gado ngan arwah akak guwa sbb guwa ckp guwa lebih tua.hahaha.rs 2 la gado plg bangang kot.tp bese la,bila da tunjuk otai cr gado 2 akak o adik guwa kompem nangis punya.pas2 kompem guwa kena tibai ngan apak guwa,wlupon diorg yg salah.terasa betapa dunia xadilnya pada guwa masa 2.haha.

tp zaman brubah,guwa pon da brubah.akak guwa pn da meninggal lama dah,tinggal adik je 2org lg.ntah sejak bila guwa jd sorg bro yg ambk brt xtau.guwa xkisah kl adik2 guwa nk buli guwa.kl time diorg blk,strat la prangai ngada2..

"Abg pie,jom gi jalan2 pantai"

"Abg pie,jom gi shopping"

"Abg pie,ajar bawa kete"

"Abg pie,ajar bahasa arab"

"Abg pie,ajar programming"

"Abg pie,tolong wat akaun fesbuk"

"Abg pie,nak la baju ni"

"Abg pie,nak la beg laptop ni"

"Abg pie,jom wat puding(bab ni guwa suka:)"

n segala abg pie lg..
segala2nya nk mtk ngan guwa,segalanya nk guwa ajar,segalanya nk barang guwa..kang kl guwa ckp tidak,tarik muka huduh plk..ok la.guwa wat je ap diorg nk.makin ari,makin mithali guwa rs.haha.smpaikan adik2 guwa nk peluk cium kl da nk keluar belajar 2.aiiseyyman..guwa mmg xbese benda2 alah ni.guwa laki dee..ap org piki kl pmpuan peluk cium tgh2 nk naik bas 2?huuhh.xpe la,untuk adik guwa rela dipandang serong.haha.lantak la kan? I LOVE U ALL MY SISTERS..:)

~~Anak Dan Ibu~~

Di suatu malam yg indah.kedengaran sorang anak menangis teresak2 sbb demam panas.ibunya melayan kerenah anak tu dengan tabah.si ibu tidak lepas menepuk anaknya tu supaya cepat tido n xmnangis lagi.tetiba anak itu bangun dan menangis,meraung:

anak: Maak..attu alam patto,attu alam patto..waaaa..
ibu: Eh..mane ad..tak dop pon..jgn ngarut lah..tak dop mende pon..


si ibu mulai bimbang dengan perangai anak yg pelik di malam itu.si ibu memujuk anak itu.tetapi si anak tetap dngan raungan:

anak: MaaaaaKK..attu alam patto..attu alam patto..WAAAAAA!!!!

si ibu terus ke bakul dan menggoyang2kn bakul sperti menghambat sesuatu smbil berkata:

ibu: hish,hish..aaa..tak dok doh ni..jgn nangis lg..mak ambat doh..

kelakuan ibu mengurangkan sedikit tangisan anak kecil itu,tetapi apbila si ibu kembali n mninggalkn bakul tu,si anak kembali menangis n meraung:

anak: MaaaaaKK..attu alam patto..attu alam patto..WWAAAAA!!!

kejadian ni berlaku shingga ke tengah mlm n si anak menangis sehingga kehilangan suara.si ibu sudah abis ikhtiar untuk memujuk si anak.dan akhirnya si ibu berkata:

ibu: hhaaa..mane attu 2?tunjuk kat mak..(sambil memegang penyapu)

si anak pon pergi la ke tempat bakul tersebut n mengambil sehelai baju bwarna hijau kesukaannya.n bkata:

anak: ni attu..nk attu nii..

paham la si ibu bahawa anaknya itu nakkan baju yg terletak dalam bakul tersebut.sabo je la..hahaha..sape si anak 2?hhuu..

ni la anak 2..dari kecik..

sapa ke beso..suka je duduk atas meja..haha..kaeyhh..chow..

~~Ni Aku??~~

* يحب الطبيعه * يحب من يحبه * يحب ان يمسك العصا من المنتصف * لطيف وجذاب * يتمتع بجمال خارجي وداخلي * لا يكذب او يتظاهر * متعاطف * يعامل اصدقاءه بحسب اهميتهم له * يحب تكوين الصدقات * ينجرح بسهوله ويتشائم من الجرح ايضا بسهوله * عندما يختار احدا يكون اختياره الى... الأبد((يحب من قلبه)) *مزاجه سييء (على حسب اللي يتعامل معاه اقصد على حسب التكروني واللي يقدر عليه * يحب احلام اليقظه * مكابر جدا * لا يهمه ما يفكر به الآخرين * عاطفي * حاسم * لديه حس تنبؤ قوي * يحب السفر والادب والفن * محب ودود ورقيق العباره * رومانسي جدا جدا * غيور جدا وسريع الانفعال عندما يزعجه احد *خفيف الدم ويحب كل من يتمتع بخفة الدم * قلق * يحب الاماكن المفتوحه * عادل ومنصف * مسرف وسريع التأثر * يفقد ثقته بنفسه بسرعه

mencintai alamsemulajadi.sayangkan org yang sayangkannya.pegang tongkat pada bahgian tengah.baik dan menarik.indah luaran dan dalaman.tidak tipu atau pura2.mudah bersimpati.pergunakan kawan2 untuk kepentingan diri.mengasihani org lain dan berlaku baik.mudah pecaya pada tahyul dan mudah terluka.pilihan yg tetap(cinta sejati).slalu bad mud brgantung pada keadaan skelilingnya.suka berangan.sangat sombong.tidak pedulikan pikiran org lain.emo.sk mengkritik.suka melancong,satera n seni.penyayang n lemah lembut.sangat2 romantis.mudah jeles n amat terasa jika dianiaya.sorg yg suka berlawak jenaka n suka lawak jenaka.mengelabah.sukakan kawasan yang luas.adil dan sk merantau.boros dan terdedah.cepat putus asa.

~~Melahu~~

Sudah dua minggu aku melahu dalam ofis ni tanpa kerja2 yg sepatutnya.apakah makna seme ini?adakah sisa2 LI ni abis sebegini sahaja?sudah ak cuba nk wat kije lain,tp mcm seme xjln je.mana silap ak?patutkah ak letak jawatan sekarang?ugrrhh..TOLONG AK BAGI AK KEJA..

~~Blog Oh Blog~~

Emm..nk letak templet camne lg?adeeii..nampak mcm sendat n ketat je camni kan?hehe..lantak la..

~~Mari Belajar Bahasa Arab~~

Dulu ak minat sgt belajar bahasa arab.kenapa?2 ak sendiri xleh nak jawab.kl bi ak memang fail.xreti sepatah haram pon.kl bahasa arab ni,boleh dikatakan laju sikit la.ni ak nk share sikit basic bahasa arab.

ok.untuk pengenalan bahasa arab ni.ak kenalkan 14 isim dhomir اسم الضمير
iaitu kata ganti nama yg wajib kita tau kl nk belajar bahasa arab.kl bahasa melayu mcm saya,awak,dia,mereka.sama la bahasa arab pon.ok.

1.هو
ni kita sebut.HUA.maknanye dia bagi orang lelaki yg berseorangan.
2.هما
yg ni sebut HUMA.maknanye dia bagi orang lelaki yang bedua.
3.هم
ni HUM.maknanye mereka lelaki yg lebih daripada dua orang.

4.هي
ni sebutnye HIYA.maknanye dia bagi orang pempuan yang berseorangan.
5.هما
yg ni HUMA.dia untuk dua orang pempuan.
6.هن
ni HUNNA.mereka bagi pempuan yg ramai dan lebih dari dua orang.

7.انت
ni ANTA.maknanye awak bagi seorang lelaki.
8.انتما
ni dsebut ANTUMA.maknanye awak berdua bagi dua orang lelaki.
9.انتم
ni ANTUM.maknanye kamu semua bagi lelaki yang lebih daripada dua orang.

10.انت
ni ANTI.maknanya awak bagi seorang perempuan.
11.انتما
ni dsebut ANTUMA.maknanya awak berdua bagi dua orang perempuan.
12.انتن
ni ANTUNNA.maknanye kamu semua bagi perempuan yang lebih daripada dua orang.

13.انا
ni yg plg biasa kita dengar.ANA.maknanye saya yg ditujukan pada diri sendiri.
14.نحن
dan last skali NAHNU.maknanye kami yang ditujukan kepada diri sendiri yang ramai.

ad diantara dhomir ni ejaan n sebutan sama.tp penggunaannya berbeza.seperti awak berdua lelaki dan awak berdua perempuan,sama ejaan dan sebutan.tapi penggunaan ayat berbeza apabila dimasukkan perbuatan فعل
sekarang ak bagi satu contoh فعل
perbuatan yang akan di pasangkan dengan dhomir masing2.kat ni ak gunakan جلس
(JALASA) iaitu maknanye duduk.ni yg kata akar perbuatan.xde nk ubah2.dan dhomir bg جلس
ni adalah HUA هو
dalam فعل الماضي
(FI'LU LMAADHI) iaitu maknanye perbuatan yang telah berlaku.kl dlm BI past tense la.hehe.
dan jugak apabila perbuatan 2 dilakukan sekarang atau tengah dilakukan disebutفعل المضارع
(FI'LU LMUDHORI') dan dhomir bagi هو HUA adalah يجلس
(YAJLISU).
ni la yang ustaz ak cakap ms ak mula2 belajar bahasa arab dulu.arap2 korang paham la kl baca ni.hehe.ap bila isim dhomir اسم الضمير berubah maka fi'il فعل
iaitu perbuatan pn berubah.ok.kat sini ak bagi perubahan yang berlaku apbial dhomir brubah.

mula2 فعل الماضي
(FI'LU LMAADHI) iaitu perbuatan yg telah berlaku.
1.هوجلس
HUA JALASA maknanye dia seorng lelaki telah duduk.
2.هماجلسا
HUMA JALASAA maknanye mereka berdua lelaki telah duduk.
3.هم جلسوا (Thanx ustazah Linda tolong betulkan.hehe:)
HUM JALASUU maknanye mereka ramai lelaki telah duduk.

4.هي جلست
HIA JALASAT maknanye dia seorang perempuan telah duduk.
5.هماجلستا
HUMA JALASATAA maknanye mereka berdua telah duduk.
6.هن جلسن
HUNNA JALASNNA maknanye mereka perempuan ramai telah duduk.

7. انت جلست
ANTA JALASTA maknanye awak seorang lelaki telah duduk.
8.انتماجلستما
ANTUMA JALASTUMA maknanye awak berdua lelaki telah duduk.
9.انتم جلستم
ANTUM JALASTUM maknanye kamu semua lelaki telah duduk.

10.انت جلست
ANTI JALASTI maknanye awak seorang perempuan telah duduk.
11.انتماجلستما
ANTUMA JALASTUMA maknanye awak berdua perempuan telah duduk.
12.انتن جلستن
ANTUNNA JALASTUNNA maknanye kamu semua perempuan telah duduk.

13.اناجلست
ANA JALASTU maknanye saya telah duduk.
14.نحن جلسنا (ustazah Linda betulkan lg..hehe:)
NAHNU JALASNA maknanye kami telah duduk.

ni la untuk فعل الماضي
iaitu perbuatan yang telah berlaku.dan untuk فعل المضارع
(FI'LU LMUDHORI') iaitu perbuatan yang sedang berlaku


فعل المضارع
(FI'LU LMUDHORI'):
1.هويجلس
HUA YAJLISU maknanye dia seorng lelaki sedang duduk.
2.همايجلسان
HUMA YAJLISAANI maknanye mereka berdua lelaki sedang duduk.
3.هم يجلسون
HUM YAJLISUUNA maknanye mereka ramai lelaki sedang duduk.

4. هي تجلس
HIA TAJLISU maknanye dia seorang perempuan sedang duduk.
5.هماتجلسان
HUMA TAJLISAANI maknanye mereka berdua sedang duduk.
6.هن يجلسن
HUNNA YAJLISNA maknanye mereka perempuan ramai sedang duduk.

7. انت تجلس
ANTA TAJLISU maknanye awak seorang lelaki sedang duduk.
8.انتماتجلسان
ANTUMA TAJLISAANI maknanye awak berdua lelaki sedang duduk.
9.انتم تجلسون
ANTUM TAJLISUUNA maknanye kamu semua lelaki sedang duduk.

10.انت تجلسي
ANTI TAJLISII maknanye awak seorang perempuan sedang duduk.
11.انتماتجلسان
ANTUMA TAJLISAANI maknanye awak berdua perempuan sedang duduk.
12.انتن تجلسن
ANTUNNA TAJLISNA maknanye kamu semua perempuan sedang duduk.

13.انااجلس
ANA AJLISU maknanye saya sedang duduk.
14.نحن نجلس
NAHNU NAJLISU maknanye kami sedang duduk.

haa.ni la basic bahasa arab mula2 ak masuk kelas dan ak jadi minat sgt sbb hr2 bermain dengan benda ni.mungkin x ak dpt buat karangan mcm ni lagi?

ni br untuk perbuatan.bnyak lagi nahu2 yang ak belajar.kl ak buka kelas bahasa arab,korang rs ad org nk masuk x?hahaha.kl ad ustaz atau ustazah baca nih,tlg betulkan la kl slah.ok la..setakat 2 la dl kali ni..ak saja je nk ingat2kan balik ap yg ak belajar dulu.blh gak share2 kan?ok..chow..

~~Gangguan Tahun 2003~~

Tahun 2003 umo aku da masuk 16 tahun.dengan sedikit usaha ambik PMR dulu masa sekolah kat Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang (SMASZAL),dapat la ak tukar sekolah baru apabila naik ke form4.seronok bukan main apabila ak dapat ke sekolah idaman aku iaitu Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMA(A)SZA) kat Batu Buruk dengan dapat aliran sains lg.n jugak menjadi keseronokan aku jgk apabila 1st time ak kena duduk kat asrama sbb skolah ak ni berasrama penuh.dlm pikiran ak duk asrama ni bezz.ramai member.
melangkahnye kaki aku ke skolah baru,ak dah dpt ramai kawan baru sebelum msuk kelas lg.ramai yg dtg nk tlg angkut brg.pergghh.baik siot dak2 tuh.ok.thanx kwn2.
bermula citer akdari sini.hari 1st duk asrama,ak mmg xbese main tido ramai2 dlm 1 dorm 2.dorm ak boleh dikatakan aga besoo.boleh muat 30org pelajar.dngan katil bersusun2.masuk ke dorm,ak pilih la katil di barisan no2 dari locker.dkt ngan locker mudah nk ambk brg2 kan?ak mmg slalu bw bnyk mknn sbb pau dari kedai la.hehe.jaat kan?xpe,pau ngan keizinan mak ak.
mlm 2 bermula peristiwa gangguan nih.1st day ak msk asrama 2 ak dah wat hal.sepatutnya skolah ak diwajibkan turun smayang maghrib n isyak berjamaah di surau.tp hari 1st 2 ak xturun.seme penghuni dowm yg lama iaitu budak2 asal kat situ da pndg ak lain mcm.diorg anggap ak ni samseng sbb 1st day dah wat hal.budak2 2 jgk sm je ngan aku rupanya.xsmpai sehari,aku dah join group bdk samseng skolah 2.haha.eh..bkn samseng..xikut peraturan sikit je.
malam 2 sebelum tido,ak ad dengar ura2 akan ad budak baru kena pukul.maksud ak ad yg kena ragging mlm ni.bdk2 yg group ngan ak la rancang seme.dlm ati aku bmbg jgk yg kena ragging 2 ak.maklum la,ak pon budak baru jgak.tp ternyata bukan ak yg diorang target.
bila dah pukul 12tgh mlm.seme lampu dah tutup,bdk2 2 heret masuk sorang budak form2.1st time dlm idup ak mlm 2 ak tgk upacara ragging dpn amata.kaw2 pny diorg belasah budak 2.20 org vs sorg.cuba korang bayangkn camne.xsnggop ak tgk.tp terasa jgk nk join skali.hehe.bezz woo dpt pukul org.dlm 15mitit budak 2 diragging,pengawas pn serbu dorm kitorg.seme pakat pura2 tidow la.ntah camne ak boleh kantoi,pengawas cam ak xtido lg.nseb baik la pengawas lepas je ak sbb ak budak baru.hehe.
mlm 2 ak tido kul2 pagi.xde ap2 yg pelik blaku.esok dah nk gi skolah.nk kena bgn awal.ak bsemangat je nk bngun awal pagi esoknya.ak pesan kat kawan baik ak yg baru masuk skolah jgk.."JAA.ESOK KALO MUNG BANGUN AWAL,TOLONG KEJUTKAN AK SKALI.NI TIDO LEWAT DOH NI.TKOT XTEBANGUN AK ESOK KANG.KALO KEJUTKAN SBELOM SUBOH PON XPE JUGOK".2 la yg ak pesan.kawan ak iakan je.katil ak ngan die atas bawah.ak kat ats,die kat bawah.
ak pn tido ngan lena.tenang je rasa.xde nk risau pape pon.cm yg ak piki ms 2 nk bngun awl je esk.tgh2 ak lena diulit mimpi.ak terdengar la suara panggi nama aku."LAAT.BANGUN LAAT".slow je bunyi die.ak terpiki ms 2 sape yg pggl cam2?xkan slow benar kwn ak pggl srh bgn.ak pn wat xtau je la,trs je tido.kl die nk kejutkan lg,pggl kuat2 sikit.kl kuat nt br ak bngun.mata pn tgh sedap tido.maklum la smlm tido lwt la jgk.tgh2 wat xlayan 2,ak rasa katil ak kena goyang2.ak duk bahgian atas terasa la goyangan 2.kasar la pulak kwan ak nih.ok..ak pn beralah la.ak buka mata yg tgh pedih pelan2.buka2 mata je ap yg ak nmpk?MAAAKAIIIHH..
ak nmpk 1 lembaga berkelubung putih.mula2 ak xperasan jgk.ak sangka kwn ak yg pakai baju putih nk ajak pegi smayang suboh.ak pn xleh piki jgk sbb tgh mamai lg br sedar dr tido kan.bila ksedaran ak bertambah,ak mula prasan.lembaga yg kejutkan ak 2 tinggi gila.ak yg duk katil bahgian atas cuma nmpk bahagian dada dia.dlm ati aku brbisik jgk.tinggi benar kwn ak ni.ak dah nk sedar sepenuhnya,ak jenguk la ke atas nk tgk muka yg kejutkan ak 2.Ya Allah..hitam muka die.trs ak tutup mata balik.xjadi nk bngun.katil ak tetap digoyang2 n nama ak tetap dipanggil.isk..ap dosa ak mlm 2 kan?ak merengkot dalam selimut denga berpeluh2.jantung rasa mcm nk luruh.otak ak dah xleh lena.laz2..ak dengar la "LAT,BANGUN LAT..DAH SUBOH NI".ms 2 br la ak terjun dari katil.terdiam ak pagi 2 tnpa spatah kata.ms waktu zohor baru ak cerita kat kawan ak 2.die xterasa pn katil kena goyang n ad org pggl nama ak.smapi skarg pn ak msh ttny2 sape yg kejutkan 2?die ni ke?

hehe..
2 la kan.nk sangat jadi samseng.da kena kaco,br tau tkot.adeii..ak mnyesal ari pertama da tunjuk ak jht.tgk la blsn org jht camne.ehh..bukan jht la..nakal je sikit..hehe..
ak mula la pasang niat xnak nakal2 sangat sjk peristiwa 2..tp niat ak xmenjadi pon..kahkahkah..
1st time jgk ak jmp lembaga 2 kat skolah 2.lepas2 2 ad la bnyk citer lagi jumpa lembaga2 nih..ni seme dugaan menguji ketahanan n keimanan kita..jgn kita tkot ngan benda2 2..kl jmpa,bg je plempang sbijik.haha..uiihh..jgn cakap besar la..kl jmp skurang2nya baca la ayat Qursi,mintak perlindungan dari Allah.Insyaallah benda 2 lari..tp besenye kita ni dah kalut2 cam2,seme ayt pn boleh lupe kan?adeii..
yg lagi dasyat pon pernah ak alami..len kali la plk..huhuhu..chow..

~~Pendaman Seorang Aku~~

Dikala aku melepakkan diri di dalam bilik yang berlokasi di tingkat 5 kolej ini.terasa angin sepi-sepoi tak reti bahasa membelai rambutku yang sememangnya pendek dan ikal mayang.aku pandang ke arah komputer aku yang mempunyai tv kad.disiarkan cerita wonderpet kegemaran aku.walaupun wonderpet kegemaranku,namun fikiran aku tetap melayang-layang entah kemana.kalau diberi pilihan,nak je aku jadi wonderpet.tiada masalah yang besar.hari ini fikiran aku betul-betul bercelaru.teringatkan si DIA.dia yang aku sayang.dia yang aku rindu.dia yang aku puja siang dan malam ku.tetapi tahukah dia perasaan dan mainan perasaan aku ini?ingin aku luahkan kepada die betapa aku sayang,rindu dan cinta.tapi amat berat mulut ini berbicara.jika perasaan aku diluahkan,adakah aku akan mendapat balasan yang membuat aku bahagia atau balasan yang membuat ak derita?ohh sayang.aku dalam dilema.dengar la pendaman hati seorang aku ini.teringatkan tentang dia,nak saja aku hilangkan ingatan ini.aku tak sanggup menahan perasaan lagi.jika aku terfikirkan tentang dia,jantung aku berdegup kencang dan kadang-kadang rasa macam nk muntah kerana tak tertahan debaran yang melanda.tetapi,aku tak sanggup juga nak melupakan dia.dia la buah hati aku.ingin aku melihat wajahnya setiap hari.wlaupun tak dapat bertemu,dapat melihat bayang pun jadi la.urgghh.terasa diri ini kesunyian tanpa dia.dialah tempat ak berselamba,dialah tempat aku bergelak ketawa,dialah tempat aku menumpah kasih yang tiada titik noktah ini.tapi pernahkah dia mengingati aku?aku mengharapkan sedikit ingatan dari dia.kalau la aku diberi peluang,akan aku curahkan perasaan ini kepada dia.aduuhh.buat apa aku fikir ini semua.lebih baik tido saja.
(khayalan semata-mata..hahaha..try tulis cerita..ad salah ejaan x?huhuhu..jiwang rupenye aku nih)

~~Wau 2~~

Tahun ni ad plak musim2 main wau kat kmpung ak.uiii.budak2 sampai la ke org tua duk main wau.kat langit 2 penuh ngan wau2.yg ak xtahan,ramai pulak main depan rumah ak.nk je halau budak2 2 main kat lain.kl korang nk tau,musim main wau ni bkn ad slalu ad kat tempat ak.ak rasa last2 skali musim wau ni dlm 8tahun lepas.tahun 2002,masa ak form3.tahun 2 meriah jgn cakap la.org duk gila wat wau.sampai nk abis buluh kena tebang.ak pon tmasuk skali la dlm golongan2 wat wau nih.time 2 abang ak single lg.org2 muda duk kampung,bukan tau nk pegi tgk wayang,bukan tau nk gi karaoke,bukan tau nk pegi main snuker pon..2 seme zaman2 moden ni br kenal.siang2 ari duk raup buluh wat rangka wau.boleh siap 2,3 rangka pon jadi la.mlm plk duk tampal rangka 2.esoknye boleh la anjung wau 2 kat padang.isk.bezz main wau ni ak pn xleh nk cite la.kl korang tgk saje2,mesti tpiki kan?ap yg bezz main wau nih?weehh..kl tgk saje2 mmg mcm ko tgk burung terbang je la.cuba korang pegang skali tali wau 2,haa..baru la tau betapa bezz nye menjiwai hati sebuah wau.haha.dengan berat die,dengan permainan angin die,uhh..ssh ak nk citer.
ak ni nk wat wau jgk.semangat bkobar2 la tgk musim2 camni.pertandingan wau mula diadakan balik.org duk sibuk nk cari skill wat wau power2.korang ingat wat wau ni xyah ad skill ke?kl ditulis dlm buku,mesti bejela2 pnjg die cara n syarat tuk wat wau nih.lg panjg dr nk bljr koding PHP.huhu.ak plk ari2 duk dengar psl wat wau nih.cam 2 la,camni la.adeii..bila ak nk start wat xtau nih.buluh da ad.bab raup meraup ni mls nih.ak dah tiggal bidang wat wau nih da 8tahun.ntah jadi ntah tidak la.ari 2 da try wat skali,tapi fail.kali ni nk wat smpai jadi punya..buluh yg ak cari dah tip,top..nk jugak ak try wat wau2 cam kat bawah ni.


bg ak masa nk kemaskan skill kewauan ak nih..member2 seme da tny bila wau ak nk naik..cehh..relex arr bai,ak bz memanjang skrg nih..nt ko tgk la wau sape plg lawa..huhuhu..

~~Puas Hati~~

Enterprise Information System (Goat Information System)

Two students practical that involve in this project are Mohd. Zamri bin Osman and Mohd Hadrulladtfi bin Mamat. Mohd. Zamri bin Osman is studying at Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai) for his Bachelor’s Degree Computer Science majoring Networking and Security. Mohd Hadrulladtfi bin Mamat is also studying at Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai) for his Bachelor’s Degree Computer Science majoring Industrial Computing. They are start practical training in this company from 13 Disember 2009 until 29 April 2010.
This system has been developed by practical student from previous batch under earlier supervision. Now, current intake practical students name as above continue this system development for second phase that look for more detailed development, new look design and aimed to be used by Rupabumi Enterprise through mobile application. This system was developed using programming languages PHP and MySQL database. This livestock system is developed aimed to handle record and update data such as the numbers of livestock and tourist. This system also can produce true and detailed report. Data transparency is even guaranteed because all information will be portrayed without conceal and still, information is also unalterable by anyone without administrator's permission. Apart from that also, consumer could also make reservations to purchase a goat. To do that, the consumer needs to register first. This system has several consumer categories namely admin, registered staff and simple consumer.
http://krimnet.dyndns.org/a-eis
atau
http://a-eis.krimnet.com/

email daripada Munirah Salleh

Salam...

Setelah sistem ini berjalan seperti yang telah dirancang, pihak analisis software telah membuat penyemakan struktur database..
Interface sistem ini dan fungsi sistem ini mmg sangat baik, namun untuk mengelakkan kesulitan dari segi struktur database, puan ruzainisuhanaliza (analis software) telah membantu membuat penyemakan struktur database. Memandangkan ada masa lagi untuk perubahan walaupun en raja telah menyatakan bahawa sistem a-eis merupakan prototaip dan tidak perlu melalui proses analisis, zam dan ladt perlu membuat perubahan yang akan diterang nnti bersama kak muni dan kak pie..

kepada Mohd Hadrulladtfi dan Mohd.Zamri

ap yg ak nak tekankan di sini..Interface sistem ini dan fungsi sistem ini mmg sangat baik..huhuhu..puas hati..
eh.elaun camne?wait n see..ok chow luww..:)

~~7 Minggu Lagi??~~

Wow.tiggal lagi 7 minggu LI nih.ak rasa xsabar2 nak abis.sedar xsedar dah abis 13 minggu duk lepak kat Krim Network ni.bezz ke wat keje ni?soalan yang ak jawab "TIDAK".hehe.xbezz sebab duk lepak kat ofis je.mcm duk saja2 dalam rumah.duk tmenung.paling banyak pon duk mengonlinekan diri la.sampai da rs bosan dah duk online hari2.tp nk wat mcmmna kan?kl xonline,keje seme xjalan.xde idea.bertenet la sumber idea nk wat projek.
Alhamdulillah la projek yg compny bg pn da siap.tinggal nk update je sikit2.

skrg ni ak dtg ofis wat ap?main fesbuk,YM,plurk,pah 2 tido jap.haha.
cam2 la hari2.sistem da mls nk tgk.kl SV ad bgtau ap2 yg kena ubah,tang2 tu jgk wat.esknye cam bese la..fesbuk,YM,plurk,tido

..uhh..bezz ke keje camni?jawapan die tetap "TIDAK".ak nak balik ke style kehidupan lama ak.bia bz skit,asalkan xbosan.hari2 masuk ofis,mulakan tany diri sendiri "ARINI NAK WAT APA?".jwpn yg slalu ak dpt.."TIADA APA2"..haha..
tgk2 balik "BUKU PANDUAN LATIHAN PRAKTIKAL"

br ak teringat ada 1 keje lagi nk kena settle.apalagi kl bukan wat report LI kan?aduii..bab ni ak paling malas..help2..xpe,ad la mangsa ak nanti..hehe..
ok..stakat 2 dulu..nk pnjg2 pn xde pape jgk nk diceritakan,post ambik syarat je ni..ak nk post pendek2 je.gud luck everyone..:)

~~Excident~~

Skarang ni baru ak rs sedikit takot lepas excident tadi.mcmmn benda ni seme boleh blaku?ak tanya diri sendiri,ak ad buat salah ke?ad ak sakitkan ati org ke ari ni?memang seme soalan 2 ak xleh jawab.ntah la.bila dugaan menimpa,kita mesti rasa nk piki blk ap salah kita kan?ok la.meh ak story sikit.

pg tadi ak ke umah kawan aku smbil sembang2.ckp psl mat rempit,memancing,moto n ap saja la yang kitorng minat.datang la sorang member ak,die ckp "PI..PETANG NI KUAR JALAN2 KAT BANDAR NAK?".ak dengan senang ati la sanggup.bab jln2 ni ak jarang nk tolak.mmg feberet ak la pusing2 wlaupn xde tujuan pn.lagi2 arini ari jumaat.orang jual barang bundle kat pasar tanjung.mmg org yang betol la member ak ajak 2."BEREH ARI,PETANG NI PAH SMAYANG JUMAAT AK AMBIK MUNG.NAIK KETE LA.AK MALAS NK BAWAK MOTO ARI JUMAAT NI.TKOT MAT REMPIT LANGGAR KAT JALAN DURIAN BURUNG 2.IGT2 ARINI ARI JUMAAT.SETAN2 REMPIT SEME KUAR".
2 la yg ak jawab.ok.abih bab mengajak n plan.

pah 2 masa semayang jumaat ak dengar btol2 khutbah yang disampaikan oleh khatib.berkaitan anak2 muda yang semakin liar skarang ni.semakin suka buat dosa.semakin suka buat maksiat.dan dalm khutbah 2 sentuh jugak hal2 berkaitan ngan mat2 rempit yang biasanya kuar dihari jumaat ni.Penuh di jalan raya.beribu2 kl lalu jalan nk pegi bandar.ni bukan ak citer khayalan.mmg xleh dibayangkan betapa ramai mat2 rempit kat terengganu ni.mmeng pengacau btol jln2 org ramai.2 seme ad disentuh dalam khutbah.benda ni bkn khayalan.kl korang nk tgk,dtg la sendiri ke terengganu.ok.abis bab khutbah.

pas semayang jumaat.ak xde slera nk makan.zam mkn ngan apak ak.ak da rs xsedap ati.mata rasa mcm nk layu je.ok.ak pn landing la depan tv.terus tetido sampai kol4 petang.bangun je dari tido,ak teringat la janji ngan kawan ak tadi,nk pegi jalan2 kat bandar.terus ak bgun,n makan dulu.pas 2 siap2 mandi n pakai baju seme,ajak zam kuar."ZAM,JOM LA..AK DA JANJI NGAN ORANG TADI NK JALAN2 KAT BANDAR".2 br ak bgtau zam nk jalan2.mmg slalu cam2 la.last2 br ak bgtau kat zam.ok.abis bab bersiap.

masa dah nak kuar 2,ak masuk kedai.

mak ak bagi duit tolong masukkan kat akaun adik ak.ok.ak ok je bab masukkan duit tuk adik ni.xde mls2 punya la.start injin kete,panaskan seminit dua.terdengar la "ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR..".bilal di kampung ak da azan menandakan dah masuk waktu asar.tp ak dah siap seme ni,cm tggu nk jalan je.ak ckp kat zam "KITA SMAYANG KAT BANDAR JE LA".ok.zam ikut ak je.n kitorng pn msuk la kete n terus ke umah kawan ak.

kat umah kawan ak lain citer plak.kawan ak sibuk bersembang.ak pon sound la "WEEHH..NAK GI BANDO DOK NI?TAKDI BERIA2 SGT".dia bls balk.."OWOH.IGATKAN DOK JADI DOH.LAMA AK TUNGGU MUNG.RELLEX AR DULU.AK DOK SMAYANG LAGI.".dah kawan ak jawab cam2,ak ok je.tggu die smayang asar dulu.ak lepak dulu kat umah nenek kawan ak 2.smentara tunggu die bsiap,ak pn ambik keputusan semayang kat umah nenek kawan ak 2 je la."ZAM..SMAYANG DULU LA.XPE.NENEK KAWAN AK NI MCM NENEK AK SENDIRI JGAK.".kitorang pon smbahyang asar dulu.dah siap2 seme,kawan ak xsiap lagi.lama jgk tggu.lama betol die menyemart.kawan ak siap pakai kasut n mcm nk masuk pejabat.ak sound la "WEHH..SMAART NGAT.PAKAI SLIPAR JEPON DOH LA.NAK GI MANE NI?".kwn ak jwb "TAKOT JATUH STANDARD".ceyy.lantak dia la.ok..dah puas ak tunggu.kitorang pn chow la dari rumah kwn ak 2 menuju ke bandar.

semelum ke Tanjung,ak singgah dulu ke Mydin Mall nk masukkan duit adik ak.parking penuh pulak.terpaksa la ak parking blakang kete2 lain n srh zam je masuk dlm mall n masukkan duit adik ak.tggu dlam 20 minit jgak dalam kete.trasa mcm ak kaco perjalan kete lain sebab ak parking kat tempat yg xleh parking.tp lantak la ak piki,kejap je pon.ad ruang bnyak lagi kete lain boleh lalu.dah settle seme kat Mydin Mall 2.ak trs drive ke Tanjung.

dalam 10 minit sampai la ke Tanjung.ak parking kete kat benteng tepi pantai.

pah 2 jalan masuk kedai2 bundel.pusing2 kedai bundle dalam 30 minit jugak.kawan ak nk beli kasut wat kije.nak kasut kulit tebal.cari punya cari,jumpa la jgk tmpat jual kasut banyak2.

"MUNG CARI LA DULU ARI,BELI HOK MUNG RASA PALING PUAH HATI".kawan ak pilih la kasut yg die berkenan.satu2 kasut die try.last2.."AK RASA DOK BELI LAGI KOT.BARU TAU AD BNYAK KAT SINI.AK MARI SMULA LA".

ak ok je bl dah kawan ak ckp cam2.lain kali die datang sendiri kl die nak.ak pn blah dari kedai2 bundle 2,pegi la lepak kat kedai kopi di Tanjung.pegi minum2 dulu sebelum balik.sambil sembang2 hal memancing.hari pn dak nk maghrib dah.ktorang pn angkat kaki la dari kedai kopi 2.

time balk ni la ak da lalu ikut jalan jauh.lalu ikut Jalan Durian Burung.sbb ak tau time2 dkt2 maghrib ni mmg ramai gila setan2 rempit kuar kat jalan 2.ak relex je drive.start dari jalan depan Mydin Mall smpai la ke Jalan Duruian Burung,penuh ngan mat2 rempit.uhh.xsilap firasat ak ari 2 mmg ramai yg turun.ak bukan saja2 nk lalu situ.dah memang rutin mingguan ak kl xde keje ari jumaat pegi kat jalan 2 ngan zam lepak2 minum air tepi jalan sambil tengok nuansa keangkuhan mat2 rempit 2.tp arini ak drive,xde mood nk brenti tepi jalan.lgpon dah nk maghrib.time traffik light ijau,mat2 rempit 2 mula la main redah.langar lampu merah.dalam ati ak mnyumpah "CELAKA MAT2 REMPIT NI.AK LANGGAR KANG AD YANG MATI KATAK".time 2 jgk ak jalan je.pedulik ak ngan mat2 rempit yg main redah je 2.kl nk langgar ak,langgar la kl xde otak.2 yang ak kate dalam ati.sepanjang2 perjalanan 2 penuh ngan moto2.ntah dari mana la diorang datang.mcm 1pesta plk di terengganu bila tiba ari jumaat ni.ak terus je drive ke rumah..

dah sampai kat jambatan kat kmpung ak,terdengar la lagi azan berkumandang.uhh.dah maghrib pon.sesampai rumah kawan ak,dia turun di jaln n ak terus ke rumah ak yg letaknya xsampai 500meter jarak dari rmh kwn ak 2.dalam ati ak masa 2 nk cepat2 smpai rumah,nk smayang maghrib kat surau.dah nk sampai rumah ak,ak bagi signal sbelah kiri nak masuk parking kete btol2 sbelah umah ak 2..tiba2..

"BBOOOMM".gila kuat bunyi dia.ak mcm xleh piki ap benda dah terjadi sesaat.dan saat 2 jugak ak ternampak 2 lembaga terbang di depan kereta ak.tinggi punya terbang.sesaat je seme 2 ak nmpk.ak sedar2,rupanya kete ak kena langgar dari belah kiri.yang langgar 2 bw motosikal n melambung tinggi.zam yang duk di sebelah ak,tergaman.xterucap ap2.diam.kaku.tp ak xde rs pape pon.trs ak brentikan kete btol2 dpn pintu masuk kedai.ak kuar n tgk 2org penuh ngan darah kat atas tanah.
(tak sanggup ak nal ambik gambar)
ahh sudah..mak ak kuar dari kedai mengucap panjang..ak excident btol2 didepan rumah sendiri..

depan rumah ak ad sebuah kedai kopi.

seme yg ad kat situ dtg kat kete ak.seme bgtau ak ap diorg nmpk mcmmn penunggang motosikal 2 melambung.moto plak patah rim belakang n kete ak drive kemek sbelah pintu belah kiri.btol2 belah zam duduk.ak dah kuar n angkat moto.org ramai dtg tolong angkat penunggang moto 2org 2.ak sangkakan diorg dah patah ke ap.bimbang jgk ak rsa.tp bila diorg dah boleh bngun sendiri,lega sikit prasaan ak.tp ad 1 lg yg ak bmbg..apak ak xde kat umah ms 2.abih la apak ak blk nnt.mesti ak kena belasah abis2.ak duk senyap je smbil sandar kat kete.zam kuar lepas 10minit n klihatan terketar2 n xtenteram."KO OK X ZAM?".zam jwb ok je.ALHAMDULILLAH la.kitorng bdua xde cedera langsung.ak cm risau psl apak ak je ms 2.dlm duk kalut nk bw penunggang 2 ke klinik,apak ak pn pulang la.apak ak dari kebun dengan senapang patah die kat tangan."ABIS LA AK KENA TEMBAK".SEYESSS..ak tkut sgt tgk apak ak.tp dengan tenangnye apak ak tny kat org skeliling "AP DAH JADI NI?".org pn ckp la ad moto langgar kete ank die.apak ak rellex je.xde nk marah pape.bertenang.mmg jauh sgt dari ap ak bygkan bl apk ak tgk seme ni.uhhh..skali lagi ak ucap ALLHAMDULLILLAH..syukur la apak ak cool je.

bila tgk keadaan kete ak bw 2,mmg kuat moto 2 laggar.jd leper pintu 2 xleh dibuka.

tadi ak mula merisik saksi2 yg tgk kejadian excident 2.baru la ak tahu rupa2nya yg langgar moto ak 2 mat rempit yg mrempit di jalan kmpung ak.time ak nk masuk parking 2,diorang tengah wheelie n xsempat elak kete ak nk masuk parking.

patut la moto diorng lain mcm je rosak.depan ok,tp bahgian bawah rosak teruk.ak pn rillex je la...ak ad ramai saksi yang tgk kejadian 2..memang bukan salah ak.penunggang moto 2 pulak xnak ke klinik.mungkin sbb die xde lesen atau mungkin jgk tkut wat keterangan polis nanti.kl moto excident,memang polis akan siasat kes 2 kat klinik.
skrang ni ak masih bimbang samaada kes ni dah settle atau belom..xpe,yg ni lain kali ak cite kl blom settle lg..

ok.dah settle pon story ak.panjang plk ak mnaip mlm ni.pas ak excident td,ak ad mngadu kat sorang sahabat.tenang sikit ati ak ngadu kat die.trima kasih la whai sahabat.mesej2mu sungguh bmakna.hehe.

ak pikir2 blk kejadian tadi mcm seme ni ad kaitan ngan ati ak xtenang smenjak 2menjak ni.niat ak ari ni nk tolong kawan ak cari barang.tolong cari kasut kat bundle.kira niat ak baik la kan?pah 2 yg baik lg ak prasan ak wat arini dengar khutbah ngan khusyuk n nk balik umah cepat2 sbb nk smayang maghrib kat surau.seme 2 baik kan?tp adakah ni balasan org yg nk wat baik?ak tetap juga berpiki.dlm niat ak yg baik 2 ak tsedar jgk ad benda yang xbaik ak wat. pertamanya ak xsmyang asar dulu kat rumah sbelum kluar td.2 da kira mremehkan smayang kan?mlewat2kan smayang.kl ak smpai bandar pon,blom tentu ak boleh smayang ikut waktu sbb mmg org penuh sesak.kete xleh msk kat surau bandar 2.yg keduanya ak menyumpah mat2 rempit di tengah jalan tadi.mgkn munasabah la sbb knp ak mnyumpah mat2 rempit 2 kan?tp sape ak nk mnyumpah2 kan?

mak ak pn ad firasat tersendiri.berkali2 mak ak call no celcom ak.tp ak xbw enset 2.mak ckp "MAK RASA SEMACAM JE WAT PE MUNG DOK BALIK2 KAT MAGHRIB TADI,MAK CALL BKALI2 DOH.TP MUNG DOK JAWAB.RUPA2NYA NI JAWAPAN HOK MAK BIMBANG TD.TENGGOH2 MAK AD KIJE,DENGO "BOOOM".TENGOK2, MUNG HOK EKSIDEN.".betul firasat mak ak.mmg btol ad benda buruk tjadi kat ak.nasib baik la depan rumah je.kl kat tempat lain ak xtau la mcmmn ak nk berhadapan ngan mak n apak ak.

ak plak mmg xsenang ati dari tadi lg sbelum kuar rumah.sms dr sesorang yg ak kenal sgt mnyakitkan ati.ak dah cuba nk lupakan sms 2.sbb 2 la ak nk kuar sgt..xde piki mslh2 ni seme..

ok la..stakat ni saja la citer ak..berterabur bahasa ak guna kan?kl korang xpaham ap ak nk citer,boleh tny blk..hehe.tp sbenarnya ak nk jadikan arini sbagai sejarah dalan idup ak kat blog ni..biar ad sdikit petanda 1st time ak eksident ngan kete.tringat plak sahabat ak yg dulu pernah mintak nasihat ak berkenaan nasib malang ni.die tny "KALAU KITA NAK WAT BAIK,SELALU JE BERNASIB MALANG KAN?".lebih kurang cam 2 la.ak jawab "BUKAN SEBAB KITA NAK WAT BAIK DAPAT NASIB MALANG NI,JGN SALAHKAN KEBAIKAN KITA.MUNGKIN NASIB MALANG NI SEBAB KESALAHAN KITA YANG LEPAS2 DAN BARU SEKARANG DAPAT BALASAN KESALAHAN KITA 2 DIBALAS DENGAN NASIB MALANG".lebih kurang cam 2 la ak jawab.skrng ni ak plak soalkan balik soalan sahabat ak 2..xpe,ak cuba tuk nasihatkan diri sendiri..ok..stakat 2 la dulu..Wassalam..

(cerita benar ni)

~~Menduga Perasaan Sahabat~~

Assalamualikum whai blogers skalian.tgk2 blk post2 ak lepas2 xpernah plk ak ucapkan salam kat korang kan?ngan 1 lafaz mulia 2 xperlu la ak intro panjg2.mula2 skali ak nk ckp awl2 yg post kali mmg panjg bejela2 ak nk taip.jd,bg sesape yg rs mls nk bc,tutup la awl2.hehe.
ok.korang slalu dengar ayt “INNAMAL A’MAALU BINNIYYAT” kan?2 pn bahasa arab jgk.ad lg ayt smbgan ayt 2.ni merupakan 1 hadis jgk yg ak belajar dulu.ak ambik stakat 2 je la dgn tujuan intro post ni.makna dia,”SESUNGGUHNYA SEGALA AMALAN BERMULA DENGAN NIAT”.ap ak nk share kat sini bkn la psl niat ni.tp psl perasaan.niat ngan perasaan ad persamaan kan?dua2 dtg dari hati.

dengan perasaan kita berniat.niat 2 la perasaan kita yg sebenar2nya.kan2?2 la yg ak phm ms belajar dl.ustaz bg keterangan bjela2,2 je ak phm.senang cite nk gn dlm idup ni.ak cuba smpaikan slow.mgkin short term ak gn ni agk mengelirukan sikit.ak cuba la gn term2 yg mudah difahami.thanks kat sahabat ak yg tego.

Bila kita sebut psl perasaan,ap kita rs?ap kita rs 2 pn prasaan jgk.kat ni ak nk share prasaan2 yg slalu telintas.prasaan ni bkn prasaan ak je.tmasuk la perasaan2 yg xde kaitan ngan ak.kdg2 ak rs nk pikir ap perasaan yg telintas dlm hati org2 di depan ak,org2 yg ak xnmpk,org2 yg ak xkenal,org yg benci ak,org2 yg suka ak,org2 yg rapat ngan ak and bbagai jenis org2 lg la.ak pn slalu gak tpikir prasaan bkn org.mcm prasaan binatang,prasaan benda2 kl benda2 2 ad prasaan,prasaan alam,prasaan ap sj yg xhidup.benda xidup pn mgkn ad prasaan jgk kan?mcm selipar ko pakai.ap prasaan selipar 2?adkh benda 2 mnyumpah2 ko pakai?adkh benda 2 redha ko pakai?adkh benda 2 xkisah?haha.pelik sgt la kan pikir prasaan benda2 ni kan?tp mane tau jgk,tido mlm dpt mimpi ko jd selipar jepun ke.haaa.ap perasaan ko sbg selipar jepun?hakhak.

Dah2.2 da jauh sgt dah 2.kat ni ak nk share perasaan seseorg yng smemangnye org je la.prasaan bnda2 2 lain kali la korg pikir sendiri.kl nk cite prasaan org seluruh dunia ni mmg xkan abis2 la kan?lain org,lain prasaan die.kat ni ak ckp psl prasaan org2 yg dekat2 ngan ak dah la.plg jauh pn,cm org2 yg ak xnmpk.plg bnyk kita bergaul dengan sahabat2.jd bia la ak duga prasaan seorang sahabat.

Antara prasaan yg pernah ak duga:
Sahabat 1:”ko ni baik sungguh.ak mintak nk pinjam ap pn,ko bg je tnp soal.hehe.bleh ambik kesempatan ni guna ko abis2.xyah la ssh2 ak cr brg2 sendiri. kl nk.pinjm je ngan ko.haha”.

Ni ak duga kat sorang sahabat yg suka meminjam ngan ak.dr pecakapan,perbuatan seme yg ak teliti,ni yg dapat ak duga.hampeh kan?ak dpt simpulkn prasaan die camni sbb ad ari2 skali ak xleh nk bg pinjm brg kat die.die ckp ap korg nk tau?”Pegi mamposs”.adehh.ni ke namanye sahabat?smpai skrg ak terasa ati.


Sahabat 2:”ko ni bkn pandai sgt,tp bleh la stakat nk tolong2 ak.bg keje ap je ko wat.srh ajar ap2 je ko rela.time kasih la sudi tlg ak”.

Haa.sahabat camni ak suka tlg.ramai yg ak duga ad prasaan camni.xbharap tlalu tinggi pd ak.cm tlg ap yg ptt je.kl tau,ak ajr.kl xtau,ak sm2 kaji.mmg kita dilahirkan di dunia ni xpandai.nk pandai btol2 cr pengalaman la.

Sahabat 3:”ko ni pendiam gile.org bising2 ko xckp pn.org ngutuk psl ko pn,ko senyum je.wat ko jadi bahan kutukan bezz jgk ni.hehe”

Yg ni ak duga ms ak ngah duk diam2 je.ms xde mod nk sembang.xde mod nk bcakap.sahabat camni mmg ramai jgk.xpe la,dengar je la ap diorg ckp kan?kang ak sm naik,jd gadoh besar plk.ap yg buruk diorg ckp,jdkan je kelemahan diri.yg baik diorg ckp,pandai2 la banggakan diri.haha.

Sahabat 4:”ko ni ramai kwn pempuan.bleh la nk rapat2 sikit ngan ko mtk nasihat ap yg patut.ak nk tackle awek yg ko baik 2.arap2 ko bg jalan la”

Hehe.mmg ni la ak duga prasaan sahabat ak yg tetiba je baik ngan ak.pah2 ad niat cam2.dr skolah menengah lg.ak bg la jgk nasihat sikit2 bab ni.tp nk bg jln 2,usaha sendiri la.ak mmg xleh tlg.jgn libatkan ak ngan kisah rumahtangga org.ad yg bjaya la ngan dgn nasihat2 ak yg xseberapa.kl bjaya,ad la ckp kat ak “HEBAT LA KO NI,BNYK PENGALAMAN”.haha.pengalaman jadah die.ak pn xreti jgk bab2 ni.main hentam je.kl hebat,camne bley xkawen2 lg smpai skrg?hahaha.stop.

Sahabat 5:”dr kecik sampai skrg ak tgk ko je.prangai sm je.cm bdn je mkin beso.blh cr ko slalu ni kl nk ajk kuar mane2.bezz kuar sm2 ngan ko,prangai gile2 sikit.xde la ak bsn sgt”

Prasaan ni ak duga kat sahabat ak yg slalu ajk ak kuar.hahaha.ni yg plg ak suka.ak sanggup je kuar bila2 ms kl die ckp nk kuar.kl ad meeting penting pon,ak rela batalkan.hahaha.xkira la tgh mlm buta ke,siang berlalak ke,tengah hari berdiri ke,seme ak snggup.ak mmg sk kuar jln2.bg je ms,pukul brapa,ak rela pg ambik.

Sahabat 6:”ak syg sgt2 kat ko.ak snggp wat ap sj tuk ko.tp prangai ko mcm setan,ak xleh terima.jd ak tkr la dr syg 2 jd benci.kl blh hr2 ak nk cr psl ngan ko.kl blh ak nk gadoh ngan ko hr.kurang2 ko ad jgk piki psl ak.arap2 ko boleh terima ak”

Haha.amende 2?dugaan yg plg pelik ak wat.ad la sorang sahabat yg bkn sahabat bg ak.ssh ak nk ckp.kl da prangai ak mcm setan,xyah la nk syg ak kan?xkan nk syg kat setan plk.hakhak.kl xley trima ak,xyah la nk cari psl,nk cari gadoh ngan ak.ak bkn wat pape yg xbtol pn.kl xley trima cara ak,hidup ak,gaya ak,xyah la nk cuba2 lg.ati ak pn xtenang.ewah.hehe.

Sahabat 7:”ko ni klakar la.kl melawak smpai ak gelak nk pecah perut,nk termuntah,nk gelak kuat2.bleh wat member time2 sedeh ni”

Ni pn kekadang ad gak ak pikir.sahabat ak ms skolah dl ad yg camni.mmg rapat ngan ak sbb nk wat lawak je.haha.smpai tgh2 cikgu mngajar pon boleh ditibai wat lawak n gelak kuat2 dlm kelas.bese la,tensen ms studi kan?hehe.tp ak sk sahabat camni.ssh nk cari.semestinya sahabat camni sm2 naik lawak die.smpai ak pn kdg2 da xleh than gelak hny tgk muka die je.2 blom lg bcerita.boleh bguling2 ak dibuatnya.skrg ni xtau la mane nk cari sahabat cam2.seme seyes je..

Sahabat 8:”kita da sm2 rs susah senang studi dl.ak arap dpt la kita bhubung smpai bila2.jgn lupa kat ak.cr la ak bila senang.bleh sembang2 tentang ms depan n zaman2 dl”

Ni pn ak suka.cari bl senang je?ms ssh die xpesan plk kan?hehe.xde la.time senang je ak pg cr sahabat camni.time ssh,xkn ak nk sshkn die plk.sembang2 bab ms depan ni bezz.bab zaman2 dl2 pn bezz.kl bleh semenye nk disebut.kl blh seme nama nk diingat.kl bleh,rs nk blk blk zaman2 2.kl disebut satu2,dua hari pn xabis sembang.kwn camni mmg ak slalu mintak diri nk blk dl la sbelum bcerita kisah mngarut2.hehe.xtahan la duk main kisah sama je.

Sahabat 9:”ak dah tolong ko dl,jd ko jgn la wat2 lupe plk.ko igt2 la ms ak wat keje skolah ko dl.ko igt2 la ak wat assignment ko dl.ko igt2 ak pegi ambk ko ms blk.pegi anta ko ms ko nk pegi.jgn lupe jasa ak 2 kat ko.igt sampai mati tau!!nnti ak bleh ungkit blk kl ad pape”

Emm.sahabat ni camne erk?ni la sahabat yg suka mengungkit.mgkin baik,tp mgkn jgk xbaik.knp ad dua?baik sbb snggup tlg ak kl ak ssh,yg xbaiknye sk mngungkit la smpai bila2.ak wat silap sikit,mula la mngungkit jasa2 yg xseberapa.ak slh sikit mula la terasa hati kaw2.sahabat camni pn ak suka dan ak xsuka.knp ad dua jgk?jwpn dia sm ngan jwapan di atas.haha.

Owkaeh la..xcukup panjg lagi ke ak bercerita ni?xletih lg ke korg baca?ad ke yg korang xphm?kl ikutkan hati ak ni nk je ak bcerita pnjg2 lg.2 br prasaan sorg sahabat.xmsk lagi perasaan seorg selipar jepun 2.haha.

stakat ni je la.ak pn manusia biasa.ad perasaan leteh n penat.nk duga perasaan lg,korg pandai2 la pikir .paham x ap ak citer ni?kl xphm ak xtau la.xsampai la maksud cite ak ni kot.hehe.bkn seme yg ak phm,korg phm n bkn seme yg korg paham ak phm kan?kita diberikan akal tuk pikir baik buruk sesuatu.jd berperasaan la dengan sebaiknya.nilai baik buruk ngan akal yg waras sebelum org lain ckp kat kita.jgn biarkan diri dipengaruhi org lain.jd la diri sendiri.think +ve.cb la kita berperasaan dgn seadanya.sm2 la kita menjaga perasaan.buat2 sahabat2 ak yg suka ak,benci ak,slalu mngutuk ak,slalu mtk tlg ak,slalu kuar sm2 n slalu ap2 saje ak doakan kejayaan kita bersama.ak xkisah korang camne pn.sesungguhnya ak ni bkn seorg yg menyimpan dendam.…mcm da mngarut je ni..haha..ok la..ak tamatkan dengan Asslamualaikum jgk..jumpa lagi..