~~Selamat Tinggal~~

Assalamualaikum.
Semalam 29 Mac 2010,adik kepada atok ak (Tok Chik) meninggal dunia.tarikh ni sama dengan tarikh arwah akak ak meninggal 5tahun lepas.sedekahkan Al-Fatihah tuk arwah.
kat sini ak nk tazkirah sikit pasal mati.mati ni benda yang wajib kita akan rasa.kalau xcepat,lambat la mati 2 datang.kl xlambat,cepat la mati 2 datang pada kita.mati ni xkenal usia.jgn kita ckp "aku muda lagi,lambat lagi nak mati".kl ajal kita dah menjemput,xkan lambat walau sesaat dan xkan cepat walau sesaat pon.kita xkan tau masa mati kita,jadi kena la kita sentiasa beringat2 datangnya mati 2.Rasullullah S.A.W menyatakan bahawa orang paling bijak diantara kamu,adalah orang sentiasa mengingati mati.apabila kita sentiasa mengingati mati,kita akan menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat kita.apabila seimbang,kita xkan terlepas kedua2 nikmat dunia dan akhirat.2 la sebijak2 org kan?
pernah ke kita termenung memikirkan saat kematian kita nnt?pikirkan mcmmna azabnya rasa mati 2?jgn dikata mati 2 senang.wlau Rasullullah S.A.W skalipon merasai sakitnya mati di saat kewafatan baginda.Rasullullah S.AW adalah sebaik2 manusia merasakan azab apbila sakaratulmaut datang menjemput.ad yg menyatakan kesakitan yang dirasakan oleh Rasullullah S.A.W ketika nyawa baginda di cabut oleh Malaikat Izarail adalah seperti kita melapah kulit kita sendiri secara hidup2.itu yg dirasai oleh sebaik2 manusia.jika dibandingkan dengan kita yg penuh dengan dosa ni,mungkin beribu kali ganda kesakitan yang kita terima.sedarkn la diri dengan mengingati mati.
apbila mati,segala harta,pangkat dan saudara akan terputus.yg kita bawa hanya la amalan yg kita lakukan masa kita hidup.jika amalan kita baik,maka berbahgialah kita di alam kubur.jika amalan kita penuh dengan dosa n maksiat,ingat2 la azab kubur yg pedih.cuma doa anak yg soleh dapat meringankan azab kita di kubur.muhasabah la diri kita sendiri,adkah kita bersedia untuk menghadapi kematian?beringat la sesama kita bahwa mati 2 tidak mengenal sesiapa.mmg kubur kita ditanam asing2.tp sebagai umat islam yg semuanya bersaudara ,maka wajiblah kita sama2 ingat mengingati..
stakat tu saja tazkirah ak.ap yg ak tulis ni untuk ingatan kita bersama,ap2 kelemahan penyampaian ak,2 datang dr kelemahan ak sendiri.segala idea dan ilham yg betul 2 seme dikurniakan oleh Allah.semoga kita dalam golongan orang2 yg mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah Taala.
ak sudahi dengan...
assalamualikum warahmatullah hi wabarokaatuh.

0 comments: