Menulis lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Dah sekian lama aku tengok blog ni terbiar tanpa apa input dari aku. Post terakhir aku pada bulan Desember 2010,lebih kurang 3 tahun lepas.

Tahun 2010 sehingga 2013, 3 tahun yang panjang aku hadapi. Banyak perubahan berlaku dalam masa 3 tahun ni. Tahun 2010 aku berjaya diwartikahkan Sarjana Muda Sains Komputer (Industri Komputer). Pada tahun itu,aku sangka dengan kejayaan aku mendapat sajana muda terbuktilah kejayaan aku yang menyerlah. Tetapi kini baru aku sedar yang sebenarnya itu adalah segala permulaan hidup yang sebenar.

Alhamdulillah...

kini Tahun 2013 aku dah mencapai semua impian yang aku bina ketika study dulu. Membina impian dari sekolah rendah sehingga universiti amatlah mudah dan juga dalam tempoh impian dibina bermacam-macam perubahan hala tuju dilakukan. Dalam fasa mencapai impian ini baru aku sedar,amat sukar untuk dapat 100% yang kita impikan. Bermacam halangan,bermacam dugaan,bermacam cabaran yang melanda.

Alhamdulillah...

kini aku telah mempunyai keluarga sendiri bersama isteri dan anak yang tercinta yang sentiasa aku cuba lindungi dan berikan yang terbaik kepada mereka.

kini aku telah dilantik sebagai kakitangan tetap di Lembaga Pembangunan Langkawi sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (F41).

itu 2 impian aku yang telah lama aku bina sejak dulu dan telah tercapai. Aku bersyukur dengan pemberian Allah yang Maha Pemurah dengan limpah rezekiNya.

Sekian .

0 comments: